Thursday, March 8, 2012

debaran poligami kah ini?

berdebar?resah?gelisah?ya ! aku rasa semua tuh sekarang nie. .menghitung hari . .memang pasti tu aje lah aktiviti budak-budak yang ambik SPM tahun lepas. .lebih kurang 2 minggu aje lagi penantian yang penuh dengan penyiksaan nie. .oh ! hari nie keputusan STPM keluar dah aku ucapkan TAHNIAH kepada kawan aku merangkap senior tempat kerja aku sebab dapat result CANTIK. .dan tak lupa jugak tahniah untuk kawan-kawan yang lain. .yang tak berjaya dapat result elok tuh mungkin ALLAH dah aturkan sesuatu yang lagi baik untuk korang semua. .


haha. .(gelak bodoh-bodoh alang) aku tak tahu kenapa harini aku rasa lain aje. .mungkin sebab dah dekat tarikh 22 mac kot. .MUNGKIN ! oh ya ! sabtu nie aku dah mula masuk kelas memandu. .cuak pulak bila ingat kena bagi komitmen 110% nanti. .maklumlah sekarang tabiat aku dah berubah. .malam aku berjaga makan berjaga dan siang aku tidur makan tidur. .macamana lah nanti aku nak fokus  kan. .oh ya ! sebagai selingan aku selitkan siket topik PANAS !



 apa maksud gambar di atas? hurm2. .beberapa hari lepas adalah tertengok satu rancangan kat TV pasal artis-artis kita yang bercerai dan ada yang mengamalkan poligami. .ehem ! aku rasa lah kan. .ada jugak baiknya poligami nie. .sebab?

 
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
 
- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
 
 
- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.

- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.

- Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.

- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.

- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.

- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.

- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.

- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.

- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.

- Menambah bilangan keturunan.

- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

mungkin ada yang tak setuju dan menyanggah segala pendapat diatas. .tapi bagi aku ada baiknya sebab taklah nanti laki kau langgan anak-anak ayam mahupon ibu ayam kat luar sana kan. .memanglah susah nak kongsi-kongsi nie dan mungkin senang bagi aku sebab aku tak alami benda nie tapi secara rasionalnya aku setuju dengan poligami. .kalau jadi kat aku macamana? entah ! umur aku belum genap 18 so aku tak nak fikir lagi lah . .

HAHA! jauh betul aku punya selingan kan. .kau mampu? 

No comments:

Post a Comment