Tuesday, December 9, 2014

first appearance !

Assalamualaikum.. its been a long time right? Nak masuk dua tahun dah aku tinggal benda yang paling aku suka buat. Started to have a blog since 2008. Masa tu hah budak sekolah lagi. Baru tingkatan dua. Baru nak kenal dunia. Tinggalkan blog nie masa umur hujung 18.

Rindu? Adalaa siket. insyaallah aku akan start balik Blogging nie tu pon kalau ada masa lah erk.

Bukan siket yang berubah dalam hidup aku nie. Banyak ! Dan aku pon dah nak masuk 21 dah pon. Dah jadi mak . . .cik dah pon :)

Tahun depan pon tahun last aku jadi jururawat pelatih. Then insyaallah jadi jururawat terlatih ! Banyak cerita nak kongsi nie. Tapi siket siket ya !

Aku tak yakin blog nie ada reader(s) pon. Tapi aku tetap buat sebab aku suka bercerita. Kalau aku nak cerita dekat orang panjang lebar macam dekat sini. Aku rasa memang tak lah ada yang nak tahan telinga tu kan !

Haha! Okay lah this is my first entry  selepas sekian lama tinggalkan blog nie. Sekian ! Terimass ! :p

Saturday, January 26, 2013

Tuesday, December 25, 2012

getting matured

okay jom sambung cerita haritu. .pungpang!pungpang! aku dah sampai Kelantan utk sesi temuduga tu.. nie kali kedua aku ditemuduga yang first aritu untuk TESL dan sekarang utk NURSING pulak. .hari tu serius aku blur and not well prepare tapi sebab dah balik kan aku kuatkan semangat jugak bangun pagi-pagi. blablabla...

Sampai ja kat Bangunan entahakulupanamaapa terus rasa macam nak lari. Masuk-masuk pulak tak tau tempat temuduga kat mana. label entah merapu je lagi aku rasa mengong . Okay turun naik lif pusing kiri kana blablabla.. Yes ! At last jumpa jugak aih bilik tu. .Oh ya ! mula-mula kena masuk bilik besar untuk jawab exam. alah bukan exam apa pon jawab 500 soalan dalam masa sejam ja . .time nie skill tembak-tembak diperlukan ya ! soalan tu pasai apa? senang ja aih..semua pasal skill yang kita ada contohnya kita nie suka buat apa/pandai baiki moto ka /pandai masak ka. .n basically almost all questions have same patterns . mudah kata tutup mata pon boleh jawab aih. .

Lepas sejam sesi menembak sesi temuduga bermula . Ok aku dapat no 6. tapi bila giliran aku tu aku lambat masuk sebab aku ingat belum sampai so bila masuk muka CUAK gila la wei sebab xsedia. dan sebelum masuk tu mak cik sebelah duk pesan jangan bagitau yang aku nie belajar kat matrik . Oh my !! aku tak sanggup nak tipu nanti aku tak tau cakap apa aku buat selama nie so aku cakap yang betul lah aku nie student. 

bila masuk tu ada dua orang MR !@# n MRS!@# duk cangak depan aku. .Mula-mula MR tu yang bercakap .

MR: Okay, Cik W.N.E please introduce yourself in English ! 

Gulp! sejak bila kerajaan buat kempen cakap Inggeris nie..
WNE:My name is WNE and Iam currently stdying at KMK in K!@#$% .Before this I studied at SMKKbh . For my UPSR i've got 5A's and in PMR i've manage to get 9A's but for SPM i've just got 1A+ 3A 3B+ 3C+(gila malu sebut result SPM) blablabla..

MR:apa persediaan yang awak buat untuk temuduga ni?

WNE: sebenarnya saya langsung tak buat apa-apa persedian

MR:kenapa?awak tahukan hari ni awak ada temuduga?

WNE: ye saya tau tapi sebab saya baru balik dari K!@#$% saya lansung tak sempat buat apa-apa.

MR:awak balik bila lagi?

WNE:semalam

MR:habis semalam awak buat apa??

WNE:semalam saya cuma sempat siapkan dokumen-dokumen yang nak dibawak hari ni je encik.

MR:Okay apa yang awak tahu pasal jawatan ni?Apa yang awk akan dapat sepanjang mengikuti program ni?

WNE:maaf saya tak pasti  cuma saya pernah survey kat internet yang sepanjang mengikuti program ni student ada dapat elaun sbyk 600lebih

MR:awak tau berapa basic gaji utk jawatan ni?

WNE:basic gaji xsilap saya dalam 1000lebih. .

MR:awak sanggup tinggal matrik?tak rasa rugi?dengan kelayakan ni awak mampu jadi dktr

WNE:sanggup.saya memang nak jadi dktr tapi sekarang persaingan banyak dan bukan senang nak jd dktr kalau xdpt 4.0 memang susahlah nak jd dktr.saya sanggup tinggal matrik walaupun terpaksa patah balik ambik diploma. Well setiap keputusan ada pros n cons cuma kita kena bijak pilih(rasa bijak aje jawab macamni)

MRS:apa kamu tahu pasal HIV&AIDS?macamana boleh berjangkit

WNE:HIV&AIDS boleh berjangkit melalui blablablablabala....................


okay stop ! bosan pulak aku taip panjang-panjang ! kesudahannya aku rasa HEBAT sebab boleh cakap dengan tenang tak macam temuduga TESL dulu :-)




dan............................................


  p/s:Alhamdulillah..

Sunday, October 14, 2012

tinta !

Assalamualaikum readers !(ade readers ke??) It's been a long time right? Dah lama gila tak update blog. .memang bersawang sangat lah.sepanjang kat matrik nie memang banyak sangat cerita yang nak dikarang tapi ada aje halangan. tapi memandangkan petang ini aku free so, apa kata aku cerita seba sedikit lah yang terjadi pada aku dalam bulan nie. 

2-3 hari lepas aku balik kelantan sebab? ada temuduga jadi isteri Sultan Brunei. .ehek ehek ! joking ! temuduga SPA sebagai jerawat jururawat sebenarnya. memang at first aku langsung tak minat dan tak nak balik pon tapi sebab gegeh (gedik dalam loghat Kedah) aku gigihkan diri pulang ke Kelantan

cerita sebelum balik:
Beberapa hari sebelum tu aku berkejaran dan berlari-larian mencari tiket bas dan menyelesaikan masalah dengan pihak HEP untuk meminta kebenaran pulang.memang sibuk sampai aku ponteng kuliah ! hebat ! dalam kesibukan tu kaunter tiket pulak tutp memandangkan minggu tu minggu tak boleh balik so pak cik kaunter tu tutup lah kan. .buat apa duk canggok kat situ kalau orang tak beli tiket.

Memang aku buntu dah duk fikir macamana nak cari pak cik tiket tu. yelah tinggal lagi 2hari sebelum aku balik mestilah aku kalut kan? so, aku buat keputusan masuk kuliah seterusnya untuk meneruskan perjuangan aku di matrikulasi ini..

satu kuliah pandang bila aku masuk lambat. dah la lambat masuk pulak duk renyeh ja. ok ! agak malu disitu tapi masih buat muka bodoh sambil senyum-senyum kambing. mata pandang depan tapi otak kosong ! blank ! blur ! pastu rasa macam nak tengok kalendar kat henset nie.duk bajet nak balik sini nanti nak study sungguh-sungguh la konon. sekali ! dangg! haritu baru 30hb Sept dan tarikh temuduga 11Oct maknanya ? ada seminggu lagi sebelum balik ! patutlah aku mesej mama cakap nak balik dia tanya nak balik selasa bila. .

sigh! satu kerugian disitu bila aku ponteng kuliah ! nasib baik tak ambik kedatangan kalau tak memang naik HEP kena tindakan 704 (ntah betul ke idok kod nie) gamaknya !memang sesal tak sudah haritu..buat kerja tau nak cepat aje memang hasil pon entah ape2 jelah. .nasib baik lah aku tak paking barang. .ingat malam tu nak kemas2 tunggu hari selasa malam nak chiau dah. .Tapi ada hikmah disebaliknya sebab aku dah dapat settle kan hal-hal tu semua walaupun seminggu lebih awal..Alhamdulillah...

secebis gambar dari budak hidung besar . ..

bersambung......................................

Friday, July 13, 2012

Apa yang ditanam, itulah yang tumbuh

Buat baik dibalas baik,buat jahat? Tentulah dibalas dengan kejahatan jugak kan? Memang benda tu kita dah tahu tapi kita masih abaikan. .Macam aku lah ! Bila aku fikirkan balik memang tu silap aku tapi aku dah terbuat. Apa aku buat sebenarnya ?

Nie kali pertama aku buat benda kejam nie. .Apa? aku potong barisan masa nak masuk bilik air pagi semalam. aku dah nampak ada baldi pink kat depan pintu tu tapi tuannya entah kemana jadi aku buat keputusan masuk terus. Memang lah benda tu salah tapi aku macam takda perasaan tapi sebelum masuk tu aku terpandang seorang perempuan dan mungkin budak tu lah tuan baldi pink tersebut. Duk syok-syok mandi tu ada pulak yang ketuk pintu tu. Gulp ! dah sah-sah budak baldi pink tu kan? tapi nak buat macamana takkan nak keluar. .jadi aku cepat-cepat mandi .Dalam kepala aku nie duk fikir apa aku nak jawab kalau dia serang aku. Tapi bila aku keluar dia duk kehulur kehilir cari bilik air kosong. Aku pulak dengan muka selamba terus cepat-cepat keluar . Kejam kan?

Tapi lepas tu terus rasa bersalah sebab tak mintak maaf tapi ego aku menghalang ! (aku ada ego ke?) Lepas tu terus bersiap walaupun masih awal lagi sebab aku nak pergi CUCUK . cucuk apa? Duit lah kan. .tapi malangnya bila mesin ATM tu tak boleh nak bagi aku duit .memang rasa nak sepak laju-laju aje mesin tu. Dekat pukul 7 jugak lah baru boleh ambik duit semalam. .Tapi time aku pergi tu memang orang ramai sangat. Tapi sebab dah muflis aku gagahkan jua diri ini untuk berbaris. Masa duk tunggu turn aku adalah 3-4 orang kat depan aku. Lepas tu datanglah seorang budak. Cantik orangnya. .Tapi tiba-tiba dia datang bagi kad dekat budak depan aku. Memang nak aje aku maki dia sebab suka hati aje potong aku. Masa turn budak tu aku pandang budak tu tak berkelip sebab aku nak dia tahu potong barisan tu benda salah tapi aku tak cakap la dekat dia yang aku marah dia sebab tak nak nanti jadi lain pulak .Maklumlah aku nie baran jugak. Lepas aku ambik duit tu terusaku naik bilik. 

Dalam perjalan ke bilik tu aku teringat . Mungkin nie lah apa yang budak baldi pink tu rasa masa aku potong barisan dia. Memang lepas tu aku rasa bersalah sangat tapi takpa kalau aku jumpa budak baldi pink tu lepas nie aku akan mintak maaf. Memang dapat balasan cash kalau buat jahat nie. .kalau tak cash sekarang mungkin kat akhirat nanti. So? MOral of the story jangan buat jahat tau kawan-kawan ! Walaupun sebesar zarah.

Friday, June 1, 2012

the journey begins here

Tanggal 27 Mei aku bergelar seorang pelajar kolej matrikulasi. Perasaan? Bangga lah kot sebab aku dapat menempatkan diri kat kolej yang serba indah lagi cantik dan amat selesa nie ( harap elaun dapat masuk cepat ya ! )

Kat sini sebilih 4 orang. Roomates aku semua boleh get along dengan aku. Harap perkenalan kami boleh berkekalan hendaknya maklum lah setahun kot nak duduk satu bilik nie. Okay meh chek nak kenaikan hangpa ngan roomates chek nie !

Yang baju kaler hijau tu anak jati KEDAH .  Namanya Mahfuzah ! Yang pegang payung tu pulak Asmidah. Ya,ya aku tahu nama dia macam heroin cerita ALI SETAN tu kan?Dia budak shah alam (dah plan nak balik shah alam sama-sama dengan dia :P) Yang muka bulat macam belon tu aku tau ! Dan yang hujung tu nama Nabilah .Yang nie geng kelate. Time gian nak cakap kelantan aku cakap ngan dia lah =B

Tak payah tanya kenapa kami rajin sangat nak bergambar depan bilik warden tu sebab gara-gara arahan felo @ warden . Kalau tak takda lah kami dengan tak malu posing depan rumah diorang. .Kredit kepada tukang ambik gambar yang aku sendiri tak tahu siapa. Terima kasih banyak-banyak ! :)