Monday, March 12, 2012

rakyat MALAYSIA hebat !

assalamualaikum ! post aku kali ni tentang kehebatan rakyat negara kita . Rupanya kehebatan produk-produk negara kita memang tak boleh disangkal lagi. Apa maksud aku? Sabtu lepas buat julung-julung kalinya aku mencemar duli mendengar celoteh guru-guru atau tenaga pengajar di sebuah institusi pemanduan yang terkemuka di negeri KELANTAN . 

Di sana aku telah mendapat tahu bahawa negara kita merupakan negara yang paling banyak berlakunya kadar kemalangan. So , kira hebat lah kan? Bangga tak pemandu-pemandu semua? Untunglah wei kalau kau nak bangga ! Nampak tak betapa BONGKAK dan SOMBONG rakyat kita? Nyawa manusia sekarang dah jadi tak da nilai. Pemandu sekarang boleh buat suka-suka hati tanpa perlu memikirkan keselamatan manusia lain. Mentang-mentang lah pakai kereta harga BERPULUHRIBU nyawa orang lain dia buat mainan pulak dah ! Semuanya sebab sifat PENTINGKAN DIRI . Sibuk fikirkan kepentingan diri sampai lupa nak jaga keselamatan orang lain. 

Aku yang dengar pon dah rasa malu tau !Agak-agak yang guna jalan raya macam bapak dia aje yang bayar cukai tu rasa malu jugak tak? Berita tentang kemalangan jalan raya ni aku tengok dah jadi santapan wajib untuk kita kat media massa. Pagi petang siang malam mesti ada lah cerita hal kemalangan. Heran pun ada sebab macam tak da cerita lain dah nak tunjuk. 

Rupanya setelah ku selidiki baru aku tau yang rupanya rakyat negara kita nie semua jenis menepati masa. Bawak kereta laju-laju kalah pelumba profesional sebab nak kejar masa . Maklumlah MASA ITU EMAS !

Lagi satu rakyat kita kebanyakannya teringin nak mati di jalan yang lurus .


Mana taknya malam minggu aktiviti REMPIT menjadi amalan . Lepas tu ada lah yang patah kaki yang patah tangan dan lebih teruk lagi MATI . Hadoi , kalau mati sorang tak pa nie kalau terlanggar seorang bapa mahupun ibu yang masih diperlukan oleh anak-anak tak ke naya ?


Rakyat kita juga sebenarnya sangat hebat sebab mempunyai sikap berdaya saing yang tinggi ! Pantang orang cabar mulalah nak tunjuk belang. Kononya jatuh maruah kalau tak sahut cabaran. Alahai cik abang cik adik semua ! Tak payah lah nak rasa tercabar kalau ada kenderaan yang memotong sebab mungkin yang memotong anda tu orang yang benar-benar mengejar masa .Apa kau ingat dia suka nak menempah maut?

Jadi, anak-anak MALAYSIA tolonglah ambil perhatian sikit ! Aku tahu lah kau dah ada lesen tapi tolong lah praktikkan apa yang kau belajar masa ambil lesen tu. Kalau tak sia-sia ajelah kau habiskan duit dekat rm1k masuk sekolah memandu tu .


note: ILMU TANPA AMAL BAGAIKAN POKOK TANPA BUAH !












No comments:

Post a Comment