Tuesday, March 13, 2012

being a big girl is not easy

Esok secara rasminya aku dah lapanbelas tahun :) Can you believe it? Oh my ! Suka ? Haha . Mestilah suka sebab bukan lagi budak bawah umur tapi tak semua seronok tentang jadi budak atas umur ni sebab tangungjawab makin BANYAK !
 
Masa aku kerja haritu bila bangun pagi aje aku rasa macam nak mengamuk sebab kena pergi kerja . Agaknya mak bapak kita pon rasa macamtu jugak kan? Hadoi . aku tak boleh bayang lah apa jadi nanti bila dah kerja betul-betul . Habislah satu dunia aku kasi gegar ! Bercakap soal kerja aku dapat berita yang keputusan SPM keluar 21 Mac pulak dah ! Entah macamana lah nasib aku nantikan tapi aku dah redha cuma aku terfikir apa yang aku boleh buat dengan result aku tu nanti. Cita-cita nak jadi DOKTOR tapi kalau tengok aku punya kebolehan yang macam !@#$%^ aku lebih suka subjek KIMIA .Ya , aku tahu yang untuk menjadi seorang doktor sepatutnya aku master dalam subjek BIOLOGI tapi sebaliknya yang jadi kat aku ! subjek tu la yang paling lemah . Masa percubaan SPM hari tu pun aku dapat C aje. Ramai yang tanya aku susah sangat ke subjek tu. Bagi aku soalan biologi semuanya mudah tapi aku yang malas ! Satu kerugian di situ. 


Tapi tu cita-cita aku. Mak aku cakap zaman sekarang kerja tak boleh berdasarkan minat semata sebab persaingan zaman sekarang teramatlah hebat. So, aku punya plan no 2 nak jadi JENTERA JURUTERA . sebab? aku rasa tu yang aku minat kurang sikit dari cita-cita aku . Zaman sekarang dah ramai lah jurutera yang berjantina perempuan ni. Tapi ! mak aku suruh mintak MAKTAB . Jadi CIKGU macam dia . OH benda tu lah yang aku nak elak dari kecik sampai sekarang tapi nampaknya tak boleh nak elak dah ! Namun begitu aku bernasib baik sebab ada khabar angin yang mengatakan kementerian dah tak nak ambik budak-budak lepasan SPM masuk maktab. Hehe! Lepas satu masalah.


Pilihan aku selain tu aku minat nak ambik jurusan udang-udang eh silap ! UNDANG-UNDANG lah !sebab? aku suka berdebat atau bahasa pasarnya aku suka perang mulut dengan orang ! Siapa yang pernah gaduh dengan aku tahu lah yang aku gila mulut . Dengan pengalaman bergaduh bersama rakan-rakan aku rasa aku boleh jadi seorang PEGUAM yang berjaya ! 



Pilihan lain aku juga berminat nak jadi CHEF. Boleh masak-masak macam chef Wan tuh ! Padan lah kan dengan nama aku Wan boleh jadi chef Wan jugak nanti ! versi perempuan lah. Aku suka masak walaupun hakikatnya aku tak pandai sangat masak. 



Terakhir sekalinya aku MUNGKIN akan menjadi seorang pegawai IMIGRESEN/KASTAM/POLIS . kenapa ? sebab aku nak pertahankan negara MALAYSIA yang tercinta ini. Selain tu aku nak ikut jejak langkah papa aku :')

 Panjang aku melalut. Takpa lah sekurang-kurangnya aku tulis semua nie sebagai pembakar semangat aku untuk teruskan hidup walaupun apa keputusan yang akan keluar nanti. Bila dah besar ni adik-adik benda-benda ni akan menghantui anda jadi hargai masa kanak-kanak anda ! 

note:aku harap apa yangjadi nanti akan menjadi titik tolak yang baik :)aku taip semua ni sambil dengan lagu  JANGAN NAKAL yang macam gampang. asek terngiang-ngiang lagu yang entah apa-apa tu. sigh !

Monday, March 12, 2012

rakyat MALAYSIA hebat !

assalamualaikum ! post aku kali ni tentang kehebatan rakyat negara kita . Rupanya kehebatan produk-produk negara kita memang tak boleh disangkal lagi. Apa maksud aku? Sabtu lepas buat julung-julung kalinya aku mencemar duli mendengar celoteh guru-guru atau tenaga pengajar di sebuah institusi pemanduan yang terkemuka di negeri KELANTAN . 

Di sana aku telah mendapat tahu bahawa negara kita merupakan negara yang paling banyak berlakunya kadar kemalangan. So , kira hebat lah kan? Bangga tak pemandu-pemandu semua? Untunglah wei kalau kau nak bangga ! Nampak tak betapa BONGKAK dan SOMBONG rakyat kita? Nyawa manusia sekarang dah jadi tak da nilai. Pemandu sekarang boleh buat suka-suka hati tanpa perlu memikirkan keselamatan manusia lain. Mentang-mentang lah pakai kereta harga BERPULUHRIBU nyawa orang lain dia buat mainan pulak dah ! Semuanya sebab sifat PENTINGKAN DIRI . Sibuk fikirkan kepentingan diri sampai lupa nak jaga keselamatan orang lain. 

Aku yang dengar pon dah rasa malu tau !Agak-agak yang guna jalan raya macam bapak dia aje yang bayar cukai tu rasa malu jugak tak? Berita tentang kemalangan jalan raya ni aku tengok dah jadi santapan wajib untuk kita kat media massa. Pagi petang siang malam mesti ada lah cerita hal kemalangan. Heran pun ada sebab macam tak da cerita lain dah nak tunjuk. 

Rupanya setelah ku selidiki baru aku tau yang rupanya rakyat negara kita nie semua jenis menepati masa. Bawak kereta laju-laju kalah pelumba profesional sebab nak kejar masa . Maklumlah MASA ITU EMAS !

Lagi satu rakyat kita kebanyakannya teringin nak mati di jalan yang lurus .


Mana taknya malam minggu aktiviti REMPIT menjadi amalan . Lepas tu ada lah yang patah kaki yang patah tangan dan lebih teruk lagi MATI . Hadoi , kalau mati sorang tak pa nie kalau terlanggar seorang bapa mahupun ibu yang masih diperlukan oleh anak-anak tak ke naya ?


Rakyat kita juga sebenarnya sangat hebat sebab mempunyai sikap berdaya saing yang tinggi ! Pantang orang cabar mulalah nak tunjuk belang. Kononya jatuh maruah kalau tak sahut cabaran. Alahai cik abang cik adik semua ! Tak payah lah nak rasa tercabar kalau ada kenderaan yang memotong sebab mungkin yang memotong anda tu orang yang benar-benar mengejar masa .Apa kau ingat dia suka nak menempah maut?

Jadi, anak-anak MALAYSIA tolonglah ambil perhatian sikit ! Aku tahu lah kau dah ada lesen tapi tolong lah praktikkan apa yang kau belajar masa ambil lesen tu. Kalau tak sia-sia ajelah kau habiskan duit dekat rm1k masuk sekolah memandu tu .


note: ILMU TANPA AMAL BAGAIKAN POKOK TANPA BUAH !












Thursday, March 8, 2012

debaran poligami kah ini?

berdebar?resah?gelisah?ya ! aku rasa semua tuh sekarang nie. .menghitung hari . .memang pasti tu aje lah aktiviti budak-budak yang ambik SPM tahun lepas. .lebih kurang 2 minggu aje lagi penantian yang penuh dengan penyiksaan nie. .oh ! hari nie keputusan STPM keluar dah aku ucapkan TAHNIAH kepada kawan aku merangkap senior tempat kerja aku sebab dapat result CANTIK. .dan tak lupa jugak tahniah untuk kawan-kawan yang lain. .yang tak berjaya dapat result elok tuh mungkin ALLAH dah aturkan sesuatu yang lagi baik untuk korang semua. .


haha. .(gelak bodoh-bodoh alang) aku tak tahu kenapa harini aku rasa lain aje. .mungkin sebab dah dekat tarikh 22 mac kot. .MUNGKIN ! oh ya ! sabtu nie aku dah mula masuk kelas memandu. .cuak pulak bila ingat kena bagi komitmen 110% nanti. .maklumlah sekarang tabiat aku dah berubah. .malam aku berjaga makan berjaga dan siang aku tidur makan tidur. .macamana lah nanti aku nak fokus  kan. .oh ya ! sebagai selingan aku selitkan siket topik PANAS !



 apa maksud gambar di atas? hurm2. .beberapa hari lepas adalah tertengok satu rancangan kat TV pasal artis-artis kita yang bercerai dan ada yang mengamalkan poligami. .ehem ! aku rasa lah kan. .ada jugak baiknya poligami nie. .sebab?

 
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
 
- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
 
 
- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.

- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.

- Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.

- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.

- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.

- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.

- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.

- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.

- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.

- Menambah bilangan keturunan.

- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

mungkin ada yang tak setuju dan menyanggah segala pendapat diatas. .tapi bagi aku ada baiknya sebab taklah nanti laki kau langgan anak-anak ayam mahupon ibu ayam kat luar sana kan. .memanglah susah nak kongsi-kongsi nie dan mungkin senang bagi aku sebab aku tak alami benda nie tapi secara rasionalnya aku setuju dengan poligami. .kalau jadi kat aku macamana? entah ! umur aku belum genap 18 so aku tak nak fikir lagi lah . .

HAHA! jauh betul aku punya selingan kan. .kau mampu?