Sunday, January 22, 2012

mengenang di malam hari agak seronok

oh hai ! siapa yang aku kenang malam - malam ni ? kekasih ? LoL . . bukan lah ! aku terkenangkan zaman dulu kala . .walaupun semua tuh dah lepas tapi semuanya masih menjadi sesuatu yang berharga bagi aku . . zaman kecik -kecik paling best kan ? sebab ? masa tu kita tak terikat dengan apa - apa komitmen pon kan. .semua nya bebas. .nak buat apa , nak pakai apa , nak cakap apa , tak ada orang yang nak kisah sangat  . . tapi dalam dok kenang - kenang ada SATU hobi aku yang paling best lah masa dulu - dulu . .sekarang aku tak tahu lah benda tu wujud lagi ke tidak . .

 kau kenal lagi tak video tape ?tak ingat ? tak kenal ?
ni lah video tape ! 
masa umur aku 4 - 5 tahun aku suka sangat ikut papa aku pergi sewa video tape ni dekat kedai . . biasanya lah cerita yang aku akan pilih cerita kartun. .masa tu memang aku fanatik gila lah dekat kartun. .biasa lah budak - budak lagi kan. .kartun yang jadi feberet aku masa tuh kartun doremon @ doraemon. . 



aku ingat lagi masa tu aku dengan family aku duduk dekat taman kenanga kat JB . .petang - petang mesti naik motor skuter hijau pergi sewa video doremon. . aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat dekat cerita ni sampai sekarang :)

cerita ni memang bagi kesan yang mendalam kat aku . . kadang -kadang bila ingat balik aku rasa kelakar sangat . . kenapa? sebab ada salah satu episod cerita doremon ni , doremon terpaksa balik ke abad-22 sebab tempoh tolong nobita dah tamat. . masa tuh nobita sanggup pergi ke abad-22 semata - mata nak cari doremon balik. .babak tuh memang 'tacing' gila lah. .memang aku menangis meraung masa tu. . ada satu hari papa aku bawak aku pergi Teluk Danga @ Danga Bay memang aku panggil doremon kuat - kuat . .lepas tuh nangis gila - gila sebab doremon tak nak balik. .LOL ! kelakar kan ? tapi lepas tuh tetap tengok cerita doremon balik. .konon - konon doremon dengar aku panggil dan tolong nobita balik. . Haha !


budak - budak buat benda macam tu orang tak kata apa lah ! tapi kalau sekarang bila dah besar macam ni meraung - raung macam tuh agak - agak kau bapak kau cubit kau tak ? :3 tulah kenangan manis antara aku dan video tape C:
benda - benda macam ni seronok untuk dikenang bila malam -malam macam ni. .

#aku masih nangis bila tengok episod doremon tinggal nobita ..jangan gelak lah ! betul -betul tacing okay ! :C





Wednesday, January 4, 2012

setiap hari ada kisahnya

kisah aku lagi. .okay !abaikan gadis diatas. .itu hanya iklan semata-mata. .cerita aku tentang sekolah. .hari ini budak-budak dekat Shah Alam semua nya kena bangun seawal 6pagi untuk ke sekolah. .aku? zaman persekolahan bagiku dah tamat. .rindu? mungkin tidak tapi aku rasa kekok bila tiada lagi kerja sekolah yang perlu dibuat. .rasa risau memikirkan nasib esok hari kerana tidak menyiapkan kerja yang diberi tidak perlu lagi aku fikirkan. .semuanya agak baru untuk diriku. .namun aku rindu untuk bersungguh dalam pelajaran walaupun sebelum ini aku hanya bersikap hangat-hangat tahi ayam saja. .biasalah awal tahun semua nak baharu kan. .tu yang bersemangat !


pada setiap awal tahun azam baru pasti akan ku ikrarkan biar jadi pembakar semangat namun pabila mencecah bulan kedua tahun baharu semuanya menjadi sia-sia. .harap bila aku dah dapat masuk Universiti nanti aku akan jadi lebih bergaya berjaya dan tak malas lagi.  .harap. .eh!tahun ni aku lupa nak buat azam baharu..mungkin sebab sibuk berjalan agaknya..semua benda aku dah lupa sebenarnya 


oh !tadi mama aku call. .dia tanya aku rindu dia tak. .err..kalau tak dengar suara dia aku tak rindu sangat tapi bila dah dengar aku rasa nak nangis kuat-kuat. .rasa nak balik aje..manja? ya! aku manja. .so what? tak salah kan..k bai !


p/s:post nie mengambil masa 2 hari. .