Wednesday, January 4, 2012

setiap hari ada kisahnya

kisah aku lagi. .okay !abaikan gadis diatas. .itu hanya iklan semata-mata. .cerita aku tentang sekolah. .hari ini budak-budak dekat Shah Alam semua nya kena bangun seawal 6pagi untuk ke sekolah. .aku? zaman persekolahan bagiku dah tamat. .rindu? mungkin tidak tapi aku rasa kekok bila tiada lagi kerja sekolah yang perlu dibuat. .rasa risau memikirkan nasib esok hari kerana tidak menyiapkan kerja yang diberi tidak perlu lagi aku fikirkan. .semuanya agak baru untuk diriku. .namun aku rindu untuk bersungguh dalam pelajaran walaupun sebelum ini aku hanya bersikap hangat-hangat tahi ayam saja. .biasalah awal tahun semua nak baharu kan. .tu yang bersemangat !


pada setiap awal tahun azam baru pasti akan ku ikrarkan biar jadi pembakar semangat namun pabila mencecah bulan kedua tahun baharu semuanya menjadi sia-sia. .harap bila aku dah dapat masuk Universiti nanti aku akan jadi lebih bergaya berjaya dan tak malas lagi.  .harap. .eh!tahun ni aku lupa nak buat azam baharu..mungkin sebab sibuk berjalan agaknya..semua benda aku dah lupa sebenarnya 


oh !tadi mama aku call. .dia tanya aku rindu dia tak. .err..kalau tak dengar suara dia aku tak rindu sangat tapi bila dah dengar aku rasa nak nangis kuat-kuat. .rasa nak balik aje..manja? ya! aku manja. .so what? tak salah kan..k bai !


p/s:post nie mengambil masa 2 hari. .

No comments:

Post a Comment