Thursday, April 19, 2012

interview asasi TESL - hari kejadian


Assalamualaikum. .uhukuhuk! batukbatuk manja. . oh ya ! aku nak cerita pasal temuduga haritu. .temuduga haritu yang pertama dalam hidup aku. Takut? Gila kau tak takut. Memang bedebardebar jantungku . haritu bangun awal pagi lagi. Solat hajat dulu sebelum subuh ( aku dapat ilmu baharu yang mengatakan solat hajat dilakukan sebelum subuh dan bukan lepas subuh. Kalau buat lepas subuh? Err. .aku tak pasti boleh atau macamana sebenarnya . takpa nanti aku Tanya yang pakar okay? ) lepas tuh sambung tido (sempat lagi seminit dua :P)

Temuduga aku bermula pada pukul 2 petang tapi aku bertolak pukul 10pagi lagi.maklumlah tempat tuh jauh. Okay pendekkan ! pada pukul 3.35petang  aku kena masuk bilik apa entah yang aku ingat nama aku ada dalam senarai panel 3 so kira bilik no 3 lah. Masuk bilik tuh aku rasa macam kena masuk bilik tahanan Cuma beza sebab orangorang dalam bilik tuh pakai lawalawa *sambil pandang diri kat cermin lalu menundukkan wajah* aku pilih tempat paling hujung dekat dengan dinding sambil baca doa dan zikir yang mama ajar Cuma tak boleh nak  hembus kiri kanan takut ada yang kata aku pakai ilmu gunaguna pulak kan. Lepas tuh dengan yakin aku duduk menghadap kedepan dan ternampak kawan sekolah rendah aku sambil tunjuk muka eksaited lambailambai kat dia. *sempat lagi*

3.40 petang ujian bertulis bermula. Ya Tuhan ! sepatah pun aku tak faham text yang dia bagi. Macamana nak jawab kalau tak faham kan? Apalagi mula lah aku garugaru tongkat dagu. Lepas tuh decide nak jawab yang esei dulu. Oh ya ! untuk ujian bertulis ada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. bahagian A merupakan soalan objektif yang terdiri dari 15 soalan dan bahagian B pulak merupakan soalan esei. okay sambung balik. baik punya karang dah cukup 30 minit dan sambung balik yang objektif. kemain lagi aku tembak. habis semua bom aku keluarkan. nak tiru orang aku takut so aku tembak aje lah. selesai bahagian 1 pada pukul 4.40

Habis sudah ujian bertulis dan tibalah saat ujian lisan. memang mengantuk dan lapar aje yang aku rasa. Hilang pulak rasa takut aku. tunggu punya tunggu sempat jugak aku berkenalan dan berpung pang pung pang sedas dua dengan budakbudak kat situ. dalam dua jam jugak aku menuggu kat luar. Seingat aku, aku masuk dalam bilik tu pon dah dekat pukul 7 petang dah. masukmasuk aje dua penemuduga wanita duk depan aku. menggelabah jugak tapi tahan . kata nak jadi budak tesl so bercakaplah aku dengan bahasa inggerisnya. segala tatabahasa,nahu serta grammar aku tinggalkan. entah apaapa aku cakap pun aku lupa. Antara soalan yang aku ingat :-
1) tell me about yourself
2)what kind of book do you read
3)why you choose tesl
4)what activity/ies that you've join?
5)awak nampak sungguh bkaliber dengan memakai blazer adakah awak pernah menyertai apa2?

Usai aku mengucapkan terima kasih terus aku keluar ( takmo bagitau jawapan aku sebab aku jawab pon mengarut  aje =,='' ) dan bergegas untuk solat asar dan magrib lepas tu apalagi balik laa..tak sanggup aku nak dok sana lamalama kepala pon rasa berat aje.
:|

Haritu aku dilayan bagaikan puteri. terima kasih mama ! terima kasih abah ! :)


No comments:

Post a Comment